Pewaris

Segalanya bermula di sini...



Zaman dulu, tidak ada permainan bola sepak, badmintaon, bola tampar, apatah lagi rugbi dan sofbol. Jadi timbul lah persoalan dan isu, boleh kah permainan ini di main kan sekarang? Tambah pulak permainan ini diidentitikan sebagai permainan orang barat, yang sering kali dianggap tidak sesuai dengan orang kita.Ini kerana yang selalu disebut hanya 3 permainan: berkuda, memanah dan berenang.


Jom kongsi sedikit sebanyak. Dalam hal permainan ini, tidak ada satu pun dalil yang mengharamkan permainan lain selain berkuda, memanah dan berenang. Perlu diingat, hukum asal segala sesuatu adalah MUBAH atau boleh, bahkan tidak menutup bahawa latihan permainan lain termasuk dalam tujuan agar umat Islam atau murid-murid kita kuat jasmaninya dan memperolehi semangat cintakan negara, bangsa dan agama. 

Islam sangat menyukai faktor-faktor yang boleh menguatkan badan agar dapat berjihad, sebagaimana sabda Rasullah SAW : "Orang yang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang yang beriman tapi lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan"

Tapi perlu diingat bahawa, walaupun hukum asalnya adalah mubah, latihan permainan ini dibolehkan, selama mana ia TIDAK MELALAIKAN kewajipan. Sekiranya ia melalaikan, maka latihan itu tadi jatuh kepada hukum HARAM. Seperti contoh, meninggalkan solat fardhu kerana asyik dengan latihan dan memakai pakaian yang tidak sesuai dengan permainan tersebut.


Satu lagi persoalan adalah, tentang permainan ini adalah ikutan dari orang yang bukan Islam ataupun dipanggil TASYABBUH (sikap meniru orang-orang kafir).
Untuk persoalan ini, tasyabbuh yang dilarang dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara syara' adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya, iaitu dalam 4  perkara Aqidah, Ibadat, Budaya dan Tingkahlaku yang menunjukkan ciri khas mereka.

Wallahua'lam