Pewaris

Segalanya bermula di sini...

Perempuan Sembelih Korban?

Posted by Pewaris

Pelik? PEREMPUAN SEMBELIH KORBAN..Sebenarnya DIBOLEHKAN wanita menyembelih haiwan korban sebagaimana lelaki, berdasarkan beberapa hadith shahih. Dan dibolehkan juga memakan dagingnya, dengan syarat wanita tersebut muslimah atau ahlul kitab, dan dia melakukan peneyembelihan itu secara syarak walaupun ketika itu ada lelaki yang mampu untuk melakukannya, sebab "jantina" bukan menjadi syarat sah atau batalnya sesuatu penyembelihan.Ini kerana dalam urusan ibadah, lelaki dan perempuan adalah sama, kecuali ada dalil-dalil naqli atau aqli yang membezakan kepada antara lelaki dan perempuan.

DALIL:
Kisah seorang wanita pengembala kambing yang menyembelih kambingnya setelah diterkam oleh seekor serigala.. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan untuk memakan sembelihan tersebut.*

*Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah