Pewaris

Segalanya bermula di sini...

Nak hisap ker tak?

Posted by Pewaris


"Mari! Mari! Mari! Rokok beraneka rasa. Ada rasa kaki buruk, ada rasa leher berulat, ada rasa baby cacat. Pilih!Pilih! Pilih!" Ermm ni promosi akhir tahun untuk perokok-perokok.Untuk tahun baru:2010, fikir-fikir kan lah sendiri selepas baca artikel yang saya nak tulis ni, samada nak terus merokok atau nak berhenti merokok. Anda semua sudah besar, sudah boleh fikir tentang baik buruk..jadi buat lah pilihan anda..




Ada dua wajah yang saya nak bawa kita berfikir tentang hukum merokok ni.

1. HARAM
Antara ulama' yang mengatakan demikian ialah Sheikh Dr Yusof Al-Qardawi, Syeikh Sayyed Sabiq, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumat, seluruh Ahli Persidangan Mencegah Rokok (Madinah: 2-5 Mac 1982)


Golongan ini mengharamkan rokok apabila mendapat maklumat yang kuat dan kukuh  bahawa terdapat unsur arak dan racun dalam rokok, serta unsur kotoran seperti nikotin, alkohol, karbon monoksida dan ammonia, yang boleh membahayakan kesihatan. 


2. HARUS
Berpendapat bahawa merokok itu hukumnya harus berpandukan kepada hukum asal segala sesuatu yang tidak memudaratkan adalah harus. Mereka berfatwa tanpa mengambil kira kepada faktor kesihatan dan kemudharatan.


Walaubagaimanapun, Syeikh al-Qardawi berpendapat bahawa:
1- sekiranya perokok sudah berusaha untuk berhenti merokok, tapi masih gagal, mereka hendaklah cuba untuk tidak mengajak orang lain merokok, dan hendaklah terus untuk cuba berhenti merokok.


2- walaupun hukum nya haram, tapi haramnya tidak seperti haramnya zina, mencuri dan dosa-dosa besar lain.Dalam Syariah Islam, ada perkara yang dikira sebagai dosa kecil dan dosa besar.Tapi perlu diingat bahawa, setiap dosa kecil, kalau terus menerus dilakukan akan menjadi dosa besar.


Kesimpulannya, bagi saya, merokok adalah haram. Ini kerana merokok boleh membahayakan kesihatan dan membawa kepada kemudharatan samada kepada perokok itu sendiri dan masyarakat sekitarnya. 

Firman Allah " Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan ".
Malah dalam kaedah Islam ada menyebut: "ad-dharar yudfa' bi qadaril imkan"-"kemudharatan hendaklah ditolak dengan sedaya upaya dan kemampuan"


Selain itu, bukan saja memudharatkan, ia juga membazir. Sayang duit tu...

Allah berfirman " Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan "


*tepuk dada, tanya iman.jangan tanya selera..kalau tanya selera, 3 kotak sehari pun tak cukup..