Apa lagi yang nak di kata? Itulah skuad kita..hebat dengan 'pemainan'nya. Sungguh memalukan. Menang dengan Timor Leste, 11-0. Apa yang nak dibanggakan? Dengan persiapan dan ekonomi negara mereka yang tidak ketentuan, politik yang kacau bilau,berbanding dengan negara kita, skuad emas FAM, yang dipilih melalui sistem 'kroni', kita nak berbangga dengan kemenangan 'besar' ni?
Kena dengan Vietnam semalam! Vietnam menang 4-0 'jer' dengan Timor Leste. Kita memang 11-0. Tapi kita menang ke dengan Vietnam? Kalau dah tewas, buat lah cara tewas. Tak perlu lagi nak persalahkan pihak lain. Dah main tak bagus, keputusan pun tak bagus lah. Bila dah kalah, masing-masing nak menuding jari ke arah pihak lain. Ingat sikit, jari telunjuk jer yang dituding, tapi jari lain berkait ke arah kita. Emm tup tup, kita jugak yang kena. Sepatutnya, kita kena lah buat 'postmortem'. Kaji balik dan cari penyelesaian, baiki mana yang patut, tambah pada yang dah ada. Baru lah boleh maju.
Kadang-kadang rasa malu jugak dengan pemain kita ni. Main tak lah hebat mana pun, tapi gaya, Ya Allah, Tuhan jer la yang tahu. Gaya mengalahkan pemain-pemain 'star' EPL.Walaupun gaji dia orang, berpuluh ribu seminggu, tapi gayanya 'slamber' jer. Mmm pemain kita lak, fuh....kita boleh tengok sendiri lah macam mana. Rasa dah hebat sangat lah dapat pakai jesrsi Harimau Muda. Kalau macam ni lah disiplin dan mutu permainan, baik bukak jer la jersi tu. Pakai baju 'pagoda' dan seluar trek lagi bagus..nampak sikit yang tahap dan mutu kita ni macam 'orang kampung'.
Lepas ni, pihak bertanggungjawab, mungkin boleh pertimbangkan untuk hantar semua pemain-pemain negara ni ke Kem Komando, tiru macam Korea Selatan. dan Jepun. Biar ada semnagat macam Samurai. Biar ada jati diri dalam diri, bukan nya ada bangga diri.
Lepas ni, pihak bertanggungjawab, mungkin boleh pertimbangkan untuk hantar semua pemain-pemain negara ni ke Kem Komando, tiru macam Korea Selatan. dan Jepun. Biar ada semnagat macam Samurai. Biar ada jati diri dalam diri, bukan nya ada bangga diri.
Lepas ni kita 'pakat' tengok apa tindakan dan hukuman yang akan dikenakan kepada pemain-pemain 'berdisiplin' kita ni. Nak tengok setakat mana telusnya FAM dan barisan pengurusan skuad bola sepak Sukan Sea 2009 ni.
