Banjir melanda lagi.Tiap kali banjir, mesti ada kes-kes kematian yang disebabkan lemas. Masuk hari ni, dah 6 orang korban banjir. Yang ke 5, budak dekat rumah aku. Abang dan kakak mangsa sebelum ni pernah mengaji kat rumah aku. Mangsa lemas ketika menyelam untuk tengok pukat yang ditahan.
Bila terjadi kes macam ni, siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Adakah mangsa tu sendiri? Bagi aku, pokok pangkal nya mesti berbalik kepada ibubapa. Sepatutnya mereka kena lah pantau dan awasi pergerakan anak-anak mereka. Kena tanya dan amik tahu dari masa ke semasa. Barulah kita tahu setiap pergerakan dan aktiviti anak-anak. Bila dah jadi macam ni, sesal pun dah tak berfaedah..Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi biarlah ia berlaku dalam keadaan yang kita tidak akan salahkan diri kita atau pihak lain...Ermm sama-sama lah kita fikir dan amik ikhtibar..moga selepas ni tidak berlaku lagi...
* jangan suka sangat main air...suka membawa duka..
